Posts

Showing posts from July, 2017

Makan-makan Parit Raja Leezo Container

Image
Aku jarang pergi tempat hipster atau tempat  yang trending untuk makan. Poket tak tebal dan sentiasa aku cuba pastikan setiap kali makan tidak akan lebih dari duit merah sekali makan siap air. Tapi disebabkan ada kawan aku nak belanja, jadi aku pun pergilah ke Leezo Container di Sri Gading. Suasana Dan Kemasan  Leezo berjaya memberikan 'First Impression' yang menakjubkan. Suasana yang ceria dan santai tidak terlalu padat dan riuh. Kelihatan ramai yang membawa keluarga dan semestinya kanak-kanak paling gemar makanan bertemakan masakan barat ini. Warga emas turut kelihatan makan disini walaupun kebiasaannya makanan bertemakan 'hipster' sinonim dengan orang muda.  Service  Ternyata walaupun hampir keseluruhan meja dipenuhi pelanggan, meja sentiasa kemas dan service crew sangat pantas mengambil pesanan. selang berapa minit makanan sampai dan tidak perlu menunggu lama.  Kualiti Makanan dan Rasa Aku boleh berikan 4.5/5 bintang untuk makanan ...

Malaysia, 1MDB dan Singapura

Image
Aku mula melihat permasalahan 1MDB ini pada tahun 2015. Pertama sekali tak silap aku terbaca di blog tuan A.Kadir Jasin. bercerita tentang permasalahan 1MDB ini ada potensi untuk menjadi punca 'Systemic Risk' kepada ekonomi Negara Malaysia. Aku bukanlah pakar ekonomi melainkan hanya seorang rakyat marhaen yang cintakan negara. Ini adalah keratan akhbar Straits Time Singaoore  pada tahun 2015 aku ambil semasa kerja di Singapura. Dan sekarang sudah 2017 ternyata penyangak yang menjahanamkan negara masuh gembira dengan wang tersebut berfoya-foya bersama artis Hollywood

Kelajuan Internet di Singapura

Image
Era internet memberikan satu ledakan baru dalam kehidupan manusia. Ianya satu teknologi yang mengubah hampir keseluruhan bagaimana kehidupan manusia itu harus terjadi. Kita boleh melihat perbezaan ketara antara generasi yang lahir di era teknologi dan internet dan generasi awal yang lansung tidak tahu facebook itu apa. Generasi awal yg lahir 1950-1960 rata-rata belum lagi memahami sepenuhnya apa fungsi internet dan mengapa generasi Gen Y sangat-sangat bergantung dengan Internet. Bahkan ada pepatah baru era milenia ini. 'Manusia mampu hidup tanpa air satu minggu, Tetapi tidak mampu bertahan walaupun satu jam tanpa Internet' Gambar ini aku ambil dari keratan akhbar Singapura TODAY tak silap aku pada tahun 2015 semasa aku kerja di Singapura . Boleh lihat kelajuannya. bukan 10 atau 30 Mbps. Tetapi 1Gbps memang berdesup. Kemudian harganya pula hanya $39. Lebih Kurang RM 120 Malaysia. Memang jauh meninggalkan kelajuan internet Malaysia. Sekarang dah 2017 insyaALLAh ruang menamb...

Azmin Ali, Langkah Kajang dan Media Singapura

Image
Semasa aku bekerja di Singapura, apa yang aku perasan hampir setiap media masa khususnya surat khabar pasti ada segmen khas mengenai apa yang berlaku di Malaysia. Berita yang tidak akan terlepas pasti datangnya daripada berita mengenai politik Malaysia. Hampir setiap hari pasti ada khabar tentang Malaysia walaupun hanya suku muka surat.  Tuan-tuan ingat lagi Langkah Kajang? Aku tak nak ulas pasal langkah kajang, Sate Kajang aku bedal  Berita ini mendapat liputan yang agak meluas. Hampir setiap hari ada kolum khas berkenaan berita tersebut. Gambar di atas tu aku ambil dari surat khabar depa. sebenarnya bukan aku beli surat khabar tu. Tapi tiap-tiap hari Pak Man akan suruh aku beli dari surat khabar. Sebab nak pecah duit sebenarnya. dia kasi 50 SGD untuk guna baki tu buat baki pelanggan. Berita mengenai Malaysia terutama politik Orang Melayu pasti akan ada berita  Mereka menganggap apa yang berlaku di Malaysia penting untuk mereka tahu, terutama para towkey...

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Image
Aku tak ingat ambil dekat mana, tapi rasanya masa perjalanan aku nak pergi basuh baju. aku basuh baju di dobi 24 jam. 5 dollar basuh, 4 dollar kering. boleh la tahan seminggu aku basuh.  Ini rasanya dekat kawasan Kampung Gelam, aku ambil semasa jalan kaki di sekitar situ. Dekat Singapura ini memang banyak kawasan bersejarah kesan peninggalan kesultanan Melayu Johor/Riau

Bekerja di Singapura

Image
Gambar ini aku ambil semasa dalam perjalanan ketika pulang dari kerja di Orchard. Ketika aku kerja di Singapura kaki lah pengangkutan utama aku. hahahaha. Jalan kaki memang rasa selamat dan mudah. Perasaan berjalan di Singapura ini berbeza sekali semasa berjalan kaki di Malaysia. Perasaan selamat tu susah nak digambarkan. Kalau berjalan seorang diri ketika malam sekalipun lansung tidak takut. Jam 1 pagi ka, 2 pagi ka, perjalanan nak ke Masjid jam 5.30 pagi ka tiada lansung perasaan takut.  Kemudian bersih,  Yup bersih sangat. sangat jarang melihat sampah atau bau yang kurang menyenangkan mungkin kerana peraturan yang ketat. Kita boleh saja didenda sekiranya ditangkap memakan gula getah. Singapura antara bandar maju yang moden.  Aku Tinggal di Little India, tempat tumpuan hampir keseluruhan rakyat India yang bekerja di Singapura menetap disini. Daripada pakaian tradisi sehinggalah makanan tradisi semuanya ada disini. Apa yang ada di India pasti ada juga d...

Roti Bakar Khas Bandung

Image
Ini kali pertama aku makan Roti Bakar Khas Bandung . Macam-macam perisa yang ada. memang rambang mata nak pilih yang mana. Cakap la, apa saja. Mesti ada punya. Dari perisa buah seperti strawberry sampai la kepada cheese dan coklat. Aku macam biasa bedal dua biji, satu coklat bersama kacang dan satu lagi coklat bersama jem. Sedap dan kenyang. Murah dan berpatutan. Aku makan ini semasa ke Pulau Karimun Indonesia. Naik feri di kukup dan terus menuju ke Tanjung Balai. Lama juga aku disini sekitar 4 hari bermalam di rumah mak angkat aku yang kenal di Larkin dan membawa aku jalan bersama.

Tambak Johor

Image
Inilah Tambak Johor. Berdasarkan gambar ini, aku dalam perjalanan pulang dari Singapura menghala ke Johor Bahru. Macam biasa naik bas Causeway Link warna kuning. yang bangunan tinggi-tinggi tu Johor la. banyak penambakan dan pembangunan dilakukan oleh syarikat Forest City. Rezeki aku agak baik sebab jalan lengang. Tak banyak kenderaan yang lalu lalang. diwaktu puncak memang sentiasa sesak

Jalan Singapore Little India

Image
Aku pernah bekerja di Singapura , Orchard secara tepatnya di kedai Nana Teh Tarik tak silap. Senang cerita kerja mamak la. Kerja sebagai 'all rounded'. Mana yang kosong aku kena buat, kalau ad kosong basuh pinggan aku basuh. kalau tak cukup orang ambil order aku ambil order. Yang bikin air cuti, aku cover.  Macam tu la kerja aku. mula jam 7 petang sampai la 7 pagi. aku tak berapa suka sebenarnya kerja malam, sebab ianya telah melanggar fitrah manusia yang biasanya tidur malam. Jadual hidup akan berubah dan kesihatan badan juga akan mengganggu. Gaji aku masa kerja tersebut adalah 48 Singapura Dollar. balik kerja terus dapat. Tempat tinggal yang majikan aku sediakan terletak di Litte India. Maka, Masjid Abdul Ghaffour inilah tempat aku sering juga habiskan masa. Tempat tinggal panas nak mati, lepas mandi siap-siap dan makan aku akan terus menuju ke masjid ini untuk tidur.  Hahahahahaha Masjid ini agak cantik, terutamanya di malam hari , dengan limpahan cahaya lampu...