Makan-makan Parit Raja Leezo Container


Aku jarang pergi tempat hipster atau tempat  yang trending untuk makan. Poket tak tebal dan sentiasa aku cuba pastikan setiap kali makan tidak akan lebih dari duit merah sekali makan siap air. Tapi disebabkan ada kawan aku nak belanja, jadi aku pun pergilah ke Leezo Container di Sri Gading.
Suasana Dan Kemasan 

Leezo berjaya memberikan 'First Impression' yang menakjubkan. Suasana yang ceria dan santai tidak terlalu padat dan riuh. Kelihatan ramai yang membawa keluarga dan semestinya kanak-kanak paling gemar makanan bertemakan masakan barat ini. Warga emas turut kelihatan makan disini walaupun kebiasaannya makanan bertemakan 'hipster' sinonim dengan orang muda. 

Service 

Ternyata walaupun hampir keseluruhan meja dipenuhi pelanggan, meja sentiasa kemas dan service crew sangat pantas mengambil pesanan. selang berapa minit makanan sampai dan tidak perlu menunggu lama. 

Kualiti Makanan dan Rasa

Aku boleh berikan 4.5/5 bintang untuk makanan disini. Sedap, harga berpatutan dan memenuhi selera orang ramai. tidak hairan Leezo Container sentiasa penuh




Popular posts from this blog

Bendera Johor Berkibar di Singapura

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

Azmin Ali, Langkah Kajang dan Media Singapura