Roti Bakar Khas Bandung


Ini kali pertama aku makan Roti Bakar Khas Bandung. Macam-macam perisa yang ada. memang rambang mata nak pilih yang mana. Cakap la, apa saja. Mesti ada punya. Dari perisa buah seperti strawberry sampai la kepada cheese dan coklat. Aku macam biasa bedal dua biji, satu coklat bersama kacang dan satu lagi coklat bersama jem. Sedap dan kenyang. Murah dan berpatutan.

Aku makan ini semasa ke Pulau Karimun Indonesia. Naik feri di kukup dan terus menuju ke Tanjung Balai. Lama juga aku disini sekitar 4 hari bermalam di rumah mak angkat aku yang kenal di Larkin dan membawa aku jalan bersama.

Popular posts from this blog

Bendera Johor Berkibar di Singapura

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Tol Malaysia Vs Tol Singapura