Bekerja di Singapura
Gambar ini aku ambil semasa dalam perjalanan ketika pulang dari kerja di Orchard. Ketika aku kerja di Singapura kaki lah pengangkutan utama aku. hahahaha. Jalan kaki memang rasa selamat dan mudah. Perasaan berjalan di Singapura ini berbeza sekali semasa berjalan kaki di Malaysia. Perasaan selamat tu susah nak digambarkan. Kalau berjalan seorang diri ketika malam sekalipun lansung tidak takut. Jam 1 pagi ka, 2 pagi ka, perjalanan nak ke Masjid jam 5.30 pagi ka tiada lansung perasaan takut.
Kemudian bersih,
Yup bersih sangat. sangat jarang melihat sampah atau bau yang kurang menyenangkan mungkin kerana peraturan yang ketat. Kita boleh saja didenda sekiranya ditangkap memakan gula getah. Singapura antara bandar maju yang moden.
Aku Tinggal di Little India, tempat tumpuan hampir keseluruhan rakyat India yang bekerja di Singapura menetap disini. Daripada pakaian tradisi sehinggalah makanan tradisi semuanya ada disini. Apa yang ada di India pasti ada juga di Little India Singapura. Kalau mahu rasa makanan 'Indian Style' boleh ke Tekka Centre. 5 minit saja berjalan kaki. capati sampai la ke pelbagai lagi makanan tradisi mesti ada di situ. Gambar dekat atas tu adalah sebagian muzium Little India
ini pula keratan akhbar yang aku ambil dari suratkhabar TODAY Singapura. Berita mengenai 1MDB yang bertarikh 2015 atau 2016 tak silap saya
Jika ada masih muda, malas belajar binalah karier di Singapura