Aku tak ingat ambil dekat mana, tapi rasanya masa perjalanan aku nak pergi basuh baju. aku basuh baju di dobi 24 jam. 5 dollar basuh, 4 dollar kering. boleh la tahan seminggu aku basuh.
Ini rasanya dekat kawasan Kampung Gelam, aku ambil semasa jalan kaki di sekitar situ. Dekat Singapura ini memang banyak kawasan bersejarah kesan peninggalan kesultanan Melayu Johor/Riau
Setiap orang yang sering berkunjung ke sesuatu tempat khususnya luar negara, ada beberapa kecenderungan kepada beberapa perkara yang menjadi keutamaan. Ada yang fokus kepada tempat untuk membeli belah, ada yang tumpu kepada alam semulajadi, dan tak lupa menjadi pemburu makanan a.k.a food hunter. Tapi untuk aku sangat berbeza dengan orang lain. Tak ramai yang mempunyai kecendurangan seperti aku. Iaitu berkunjung ke tempat bersejarah dan masjid. Bila berkunjung ke tempat sebegitu, aku seorang saja gembira bukan kepalang. Menyelusuri segenap penjuru dan ruang cuba kembali ke dimensi lampau bagaimana kehidupan mereka tika itu. Perasaan puas bercampur gembira melihat warisan peninggalan lampau begitu mengujakan. Perasaan itu tidak pernah luntur dan jarang sekali menghampakan. Keterujaan untuk berkunjung di tapak warisan sejarah sentiasa ada pengajaran baru dan menyegarkan kembali langkah dalam kehidupan Benarlah, Sejarah itu hidup dan tidak akan mati Antara tempat menari...
Aku jarang pergi tempat hipster atau tempat yang trending untuk makan. Poket tak tebal dan sentiasa aku cuba pastikan setiap kali makan tidak akan lebih dari duit merah sekali makan siap air. Tapi disebabkan ada kawan aku nak belanja, jadi aku pun pergilah ke Leezo Container di Sri Gading. Suasana Dan Kemasan Leezo berjaya memberikan 'First Impression' yang menakjubkan. Suasana yang ceria dan santai tidak terlalu padat dan riuh. Kelihatan ramai yang membawa keluarga dan semestinya kanak-kanak paling gemar makanan bertemakan masakan barat ini. Warga emas turut kelihatan makan disini walaupun kebiasaannya makanan bertemakan 'hipster' sinonim dengan orang muda. Service Ternyata walaupun hampir keseluruhan meja dipenuhi pelanggan, meja sentiasa kemas dan service crew sangat pantas mengambil pesanan. selang berapa minit makanan sampai dan tidak perlu menunggu lama. Kualiti Makanan dan Rasa Aku boleh berikan 4.5/5 bintang untuk makanan ...
ERP Singapura a.k.a Tol Singapura Ini adalah tol Singapura a.k.a Electronic Road Pricing (ERP) yang aku ambil gambarnya tak silap pada tahun 2015 semasa aku bekerja di Singapura : - Tiada siapa jaga - Tiada palang - Tiada lampu isyarat - Tiada smart tag atau Touch n Go Macam mana kaedah membayar tol? Jika anda perasan papan tanda bertulisan ERP itulah yang akan mengesan kenderaan lalu lintas dibawahnya. Setiap kenderaan yang mempunyai alat semacam SMART TAG akan secara automatik mengesan mesin ERP di atasnya dan secara automatik tol akan dibayar terus tanpa perlu beratur panjang atau stress sepanjang kesesakan di plaza tol Gambar di bawah antara contoh kaedah ERP ini berfunsi. Mudah dan pantas Jika anda sekilas pandang seolah-olah mesin ERP itu tidak berfungsi. Ya benar, penglihatan anda tidak salah kerana lansung tiada paparan kerana Tol ERP ini hanya berfungsi ketika waktu puncak. luar waktu puncak ianya akan dimatikan. Ini antara benda yang saya ka...