Kelajuan Internet di Singapura


Era internet memberikan satu ledakan baru dalam kehidupan manusia. Ianya satu teknologi yang mengubah hampir keseluruhan bagaimana kehidupan manusia itu harus terjadi. Kita boleh melihat perbezaan ketara antara generasi yang lahir di era teknologi dan internet dan generasi awal yang lansung tidak tahu facebook itu apa. Generasi awal yg lahir 1950-1960 rata-rata belum lagi memahami sepenuhnya apa fungsi internet dan mengapa generasi Gen Y sangat-sangat bergantung dengan Internet. Bahkan ada pepatah baru era milenia ini.

'Manusia mampu hidup tanpa air satu minggu,
Tetapi tidak mampu bertahan walaupun satu jam tanpa Internet'

Gambar ini aku ambil dari keratan akhbar Singapura TODAY tak silap aku pada tahun 2015 semasa aku kerja di Singapura. Boleh lihat kelajuannya. bukan 10 atau 30 Mbps. Tetapi 1Gbps memang berdesup. Kemudian harganya pula hanya $39. Lebih Kurang RM 120 Malaysia. Memang jauh meninggalkan kelajuan internet Malaysia.

Sekarang dah 2017 insyaALLAh ruang menambahbaik sentiasa ada.

Popular posts from this blog

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Makan-makan Parit Raja Leezo Container