Posts

Showing posts from August, 2017

Bugis Street Singapura

Image
Bugis Street Singapura Bugis Street antara tempat popular yang sentiasa dipenuhi pengunjung tak kira masa dan hari. Sentiasa ramai manusia dari segenap pelusuk dunia. Siang ke malam ke ramai juga. Dekat Singapura tiada pasar malam pacak payung macam di mana-mana negara asia tenggara lain, jadi bugis street macam pasar malam juga la. Meriah dan hidup gemerlap dengan warna kulit pelbagai bangsa dan negara Suasana Di Bugis Street Banyak gerai yang menjual pakaian dan cendermata yang sangat sesuai untuk dibawa pulang. Antaranya key-chain dan baju. Sukar juga untuk tawar-menawar, aku rembat key-chain 3 keping. 3 keping 10$ dolar. Baju Singapura Ini antara destinasi pada yang suka membeli belah, dan mencari kemeriahan malam singapura. Dibuka sekitar jam 10 pagi, mula jam 3 petang sudah mula bersesak-sesak penuh dengan manusia. Untuk aku yang berpoket nipis ini, tengok saja la. hahaha

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

Image
ERP Singapura a.k.a Tol Singapura  Ini adalah tol Singapura a.k.a Electronic Road Pricing (ERP) yang aku ambil gambarnya tak silap pada tahun 2015 semasa aku bekerja di Singapura :  - Tiada siapa jaga - Tiada palang - Tiada lampu isyarat - Tiada smart tag atau Touch n Go Macam mana kaedah membayar tol? Jika anda perasan papan tanda bertulisan ERP itulah yang akan mengesan kenderaan lalu lintas dibawahnya. Setiap kenderaan yang mempunyai alat semacam SMART TAG akan secara automatik mengesan mesin ERP di atasnya dan secara automatik tol akan dibayar terus tanpa perlu beratur panjang atau stress sepanjang kesesakan di plaza tol Gambar di bawah antara contoh kaedah ERP ini berfunsi. Mudah dan pantas Jika anda sekilas pandang seolah-olah mesin ERP itu tidak berfungsi. Ya benar, penglihatan anda tidak salah kerana lansung tiada paparan kerana Tol ERP ini hanya berfungsi ketika waktu puncak. luar waktu puncak ianya akan dimatikan. Ini antara benda yang saya ka...

Masjid Sultan Singapura

Image
Masjid Sultan Singapura  Tak lengkap rasanya jikalau ke Singapura tidak berkunjung ke Masjid Sultan yang popular dan terletak sangat strategik di tengah-tengah tempat tumpuan pelancong. keluar saja pintu Masjid Sultan anda akan melihat dereta kedai murtabak dan briyani paling popular di Singapura iaitu zam-zam muratabak Masjid Sultan di kala malam Masjid Sultan inilah salah satu singgahan wajib aku setiap hari semasa bekerja di Singapura yang lebih tepat sekali di Bugis. Seusai saja tamat kerja aku sekitar jam 8 malam aku akan bergegas ke sana sekitar 10 minit berjalan kaki. Jalan yang pendek itu dirasakan sangat lama, mungkin atas kerahan keringat sepanjang hari nak melangkah ke sana terasa perit di kaki. Hampir setiap hari aku akan berjemaah Isyak di sana, selepas penat seharian bekerja. Melangkah saja ke ruang Masjid Sultan ini akan ada satu perasaan yang sangat tenang dan hilang penat seharian bekerja. Saiz masjid ini tidaklah besar mana, besar lagi masjid-masjid ...

Bendera Johor Berkibar di Singapura

Image
Jika berkunjung ke Singapura antara destinasi utama pasti adalah Universal Studio Singapore ataupun lebih dikenali sebagai USS. Hampir 90% yang ke wilayah selatan negeri Johor itu pasti diletakkan USS sebagai nombor wahid destinasi utama. Kemudian ke garden by the bay dan juga Merlion Park. Ironinya, aku walaupun bekerja di Singapura tidak pernah sekali pun berkunjung ke tempat tumpuan pelancong tersebut. Entahlah, aku seakan-akan tiada keinginan untuk ke sana. Jikalau duit berkepuk tidak mengapa, tapi memikirkan wang poket ini masih nipis aku tangguh dulu hajatku. Entah kenapa aku seakan-akan tidak tertarik untuk berkunjung ke tempat sebegitu. Seakan-akan tempat tersebut tiada roh dan jiwa. Kaku dan kosong tiada apa yang mahu dihayati. Jadi, untuk orang seperti aku tempat bersejerah adalah tempat yang akan aku kunjungi. Orang lain akan bosan semestinya, tetapi aku akan gembira bukan kepalang apabila mengunjungi tempat tersebut. Destinasi aku adalah Masjid Temenggung Daeng Ibrahim Jo...

Masjid Bawah Tanah Dan Institusi Wakaf

Image
Setiap orang yang sering berkunjung ke sesuatu tempat khususnya luar negara, ada beberapa kecenderungan kepada beberapa perkara yang menjadi keutamaan. Ada yang fokus kepada tempat untuk membeli belah, ada yang tumpu kepada alam semulajadi, dan tak lupa menjadi pemburu makanan a.k.a food hunter. Tapi untuk aku sangat berbeza dengan orang lain. Tak ramai yang mempunyai kecendurangan seperti aku. Iaitu berkunjung ke tempat bersejarah dan masjid. Bila berkunjung ke tempat sebegitu, aku seorang saja gembira bukan kepalang. Menyelusuri segenap penjuru dan ruang cuba kembali ke dimensi lampau bagaimana kehidupan mereka tika itu. Perasaan puas bercampur gembira melihat warisan peninggalan lampau begitu mengujakan. Perasaan itu tidak pernah luntur dan jarang sekali menghampakan. Keterujaan  untuk berkunjung di tapak warisan sejarah sentiasa ada pengajaran baru dan menyegarkan kembali langkah dalam kehidupan Benarlah, Sejarah itu hidup dan tidak akan mati   Antara tempat menari...