Bendera Johor Berkibar di Singapura

Jika berkunjung ke Singapura antara destinasi utama pasti adalah Universal Studio Singapore ataupun lebih dikenali sebagai USS. Hampir 90% yang ke wilayah selatan negeri Johor itu pasti diletakkan USS sebagai nombor wahid destinasi utama. Kemudian ke garden by the bay dan juga Merlion Park. Ironinya, aku walaupun bekerja di Singapura tidak pernah sekali pun berkunjung ke tempat tumpuan pelancong tersebut. Entahlah, aku seakan-akan tiada keinginan untuk ke sana. Jikalau duit berkepuk tidak mengapa, tapi memikirkan wang poket ini masih nipis aku tangguh dulu hajatku.

Entah kenapa aku seakan-akan tidak tertarik untuk berkunjung ke tempat sebegitu. Seakan-akan tempat tersebut tiada roh dan jiwa. Kaku dan kosong tiada apa yang mahu dihayati. Jadi, untuk orang seperti aku tempat bersejerah adalah tempat yang akan aku kunjungi. Orang lain akan bosan semestinya, tetapi aku akan gembira bukan kepalang apabila mengunjungi tempat tersebut. Destinasi aku adalah Masjid Temenggung Daeng Ibrahim Johor Darul Takzim yang terletak di Telok Blangah Singapura.

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim 



Benar, anda tidak salah membaca. bahawa ini adalah Masjid Temenggong Daeng Ibrahim Johor Darul Takzim. Sehingga hari ini masih kekal perkataan Johor Darul Takzim. Aku berkesampatan untuk berkunjung di sini pada tahun 2015 setepatnya di bulan Ramadhan kerana pada hari tersebut aku cuti semasa  bekerja di Singapura. 


Bendera Johor Berkibar Di Singapura
Benar, anda tidak silap melihat. gambar ini memaparkan bendera negeri Johor berkibar di Masjid Temnggong Daeng Ibrahim Singapura. Bendera Johor berkibar megah di Negara Tersebut. Aku yakin pasti ada kisah di sebaliknya. Bagaimana Empayar Johor-Riau pada masa lalu sangat besar kawasannya dan berkembang pesat. Mengikut maklumat yang aku dapat bukan sahaja Bendera, Imam dan juga penjaga masjid dibayar gajinya oleh kerajaan Negeri Johor. Bangga juga melihat bendera ini berkibar di luar sana.

Kawasan Sekitar Masjid

Perkuburan diraja yang terletak di bahagian tepi masjid tersebut


Popular posts from this blog

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Makan-makan Parit Raja Leezo Container