Bugis Street Singapura

Bugis Street Singapura


Bugis Street antara tempat popular yang sentiasa dipenuhi pengunjung tak kira masa dan hari. Sentiasa ramai manusia dari segenap pelusuk dunia. Siang ke malam ke ramai juga. Dekat Singapura tiada pasar malam pacak payung macam di mana-mana negara asia tenggara lain, jadi bugis street macam pasar malam juga la. Meriah dan hidup gemerlap dengan warna kulit pelbagai bangsa dan negara



Suasana Di Bugis Street
Banyak gerai yang menjual pakaian dan cendermata yang sangat sesuai untuk dibawa pulang. Antaranya key-chain dan baju. Sukar juga untuk tawar-menawar, aku rembat key-chain 3 keping. 3 keping 10$ dolar.


Baju Singapura
Ini antara destinasi pada yang suka membeli belah, dan mencari kemeriahan malam singapura. Dibuka sekitar jam 10 pagi, mula jam 3 petang sudah mula bersesak-sesak penuh dengan manusia. Untuk aku yang berpoket nipis ini, tengok saja la. hahaha

Popular posts from this blog

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Bendera Johor Berkibar di Singapura