Masjid Sultan Singapura
Masjid Sultan Singapura |
Tak lengkap rasanya jikalau ke Singapura tidak berkunjung ke Masjid Sultan yang popular dan terletak sangat strategik di tengah-tengah tempat tumpuan pelancong. keluar saja pintu Masjid Sultan anda akan melihat dereta kedai murtabak dan briyani paling popular di Singapura iaitu zam-zam muratabak
Masjid Sultan di kala malam |
Melangkah saja ke ruang Masjid Sultan ini akan ada satu perasaan yang sangat tenang dan hilang penat seharian bekerja. Saiz masjid ini tidaklah besar mana, besar lagi masjid-masjid di Malaysia tetapi kedamaian dan perasaan yang sangat hening amat memberikan kelazatan beribadah sujud pada yang esa. Tidak ada perhiasan yang terlalu memukau melainkan tinggalan sejarah para sultan terdahulu, tetapi masjid ini memberikan aku satu memori yang sukar untuk kulupakan.
Seusai Solat isyak, aku akan melepak santai dalam 10-15 minit kemudian barulah aku akan pulang ke tempat kerja untuk makan malam atau ke beach road makan malam di sana.
Seusai Solat isyak, aku akan melepak santai dalam 10-15 minit kemudian barulah aku akan pulang ke tempat kerja untuk makan malam atau ke beach road makan malam di sana.
Rauang dalaman Masjid Sultan |
Pada Tahun 2015 seingat aku semasa bekerja di Singapura, aku sempat merasai bagaimana syahdunya menyambut Ramadhan di Perantauan.
Hahahahah
Gambar di bawah ini merupakan sedikit gambaran suasana Bazar Ramadhan di perkarangan Masjid Sultan. Antara makanan yang sangat popular dan beratur panjang adalah Nasi Padang dan Air kathira. Sangat kemas dan teratur dan paling utama adalah kebersihan yang sangat jauh dengan bazar ramadhan di Malaysiaku tercinta
Bazar Ramadhan Masjid Sultan Singapura |
Inilah Singapore Zam-Zam yang sangat popular dan merupakan destinasi wajib untuk para pelancong bedal depa punya Murtabak, Nasi Briyani dan Sup Tulang Merah. Aku macam biasa akan lalu Restoran Zam-zam ini setiap hari untuk ke Masjid Sultan. Ironinya walaupun tiap-tiap hari melalui kawasan ini dan menyaksikan betapa restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung baik berkulit coklat, putih dan sawa matang sesekali semacam ada pengambaran untuk stesyen TV disitu tetapi aku sekali pun tak pernah singgah untuk makan atau minum Singapore Zam-Zam Original