Tol Malaysia Vs Tol Singapura


ERP Singapura a.k.a Tol Singapura 
Ini adalah tol Singapura a.k.a Electronic Road Pricing (ERP) yang aku ambil gambarnya tak silap pada tahun 2015 semasa aku bekerja di Singapura : 
- Tiada siapa jaga
- Tiada palang
- Tiada lampu isyarat
- Tiada smart tag atau Touch n Go

Macam mana kaedah membayar tol?
Jika anda perasan papan tanda bertulisan ERP itulah yang akan mengesan kenderaan lalu lintas dibawahnya. Setiap kenderaan yang mempunyai alat semacam SMART TAG akan secara automatik mengesan mesin ERP di atasnya dan secara automatik tol akan dibayar terus tanpa perlu beratur panjang atau stress sepanjang kesesakan di plaza tol


Gambar di bawah antara contoh kaedah ERP ini berfunsi. Mudah dan pantas


Jika anda sekilas pandang seolah-olah mesin ERP itu tidak berfungsi. Ya benar, penglihatan anda tidak salah kerana lansung tiada paparan kerana Tol ERP ini hanya berfungsi ketika waktu puncak. luar waktu puncak ianya akan dimatikan. Ini antara benda yang saya kagum dengan kerajaan Singapura yang begitu menggalakkan penggunaan kenderaan awam. Walaupun tiada kereta, kenderaan awam sangatlah berkesan dan tiada masalah walaupun tidak memiliki kenderaan sendiri 

ERP berfungsi pada waktu puncak 
Ini pula contoh dimana ERP berfungsi pada waktu puncak dimana rakyat Singapura pulang bekerja. 7.52 petang. Dekat Malaysia 24 jam anda semua membayar tol, di luar waktu puncak ataupun dalam waktu puncak. Kalau dekat Malaysia ini sedikit sukar sekiranya tiada kenderaan sendiri. Pengangkutan awam masih belum meliputi seluruh kawasan dan kurang efektif dari sudut masa. 

Tetapi aku dengar cerita, Malaysia juga akan mempunyai sistem yang seakan-akan sama mengggunakan RFId. Tiada lagi Plaza Tol, tetapi tetap kena bayar. 

Popular posts from this blog

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Bendera Johor Berkibar di Singapura