PAP merupakan parti pemerintah Singapura semenjak pemisahan dengan Tanah Melayu sekitar 60 tahun dahulu. PAP berjaya memodenkan negara Singapura jauh lebih maju dan tersusun meninggalkan seteru utama jirannya di utara negaranya iaitu Malaysia. Cukup sekadar perbandingan pengangkutan awam di Singapura maka kita sudah tahu betapa jauhnya negara tersebut meninggalkan kemajuan Malaysia sekitar 5-10 tahun ke hadapan.
|
PAP poster |
Bersih Dan Selamat
Itulah 2 perkataan yang pasti akan diungkapkan oleh hampir setiap pelancong yang telah mengunjungi negara pulau tersebut. Baik, di taman mahupun di stesen MRT serata bandar sangat sukar untuk melihat sampah ataupun benda-benda yang kotor di tepian jalan. Kejayaan ini banyak dibantu dengan pelaksanaan undang-undang yang sangat ketat. Bahkan anda semua boleh saja di saman hanya kerana makan gula-gula getah.
Gambar-gambar ini aku ambil sekitar tahun 2015 ketika masih
bekerja di Singapura. Selepas tamat waktu bekerja, pasti akan ada masa yang aku luangkan untuk berjalan-jalan di sekitar Masjid Sultan sebelum pulang ke tempat berteduh. Gambar ini aku ambil ketika Singapura sedang hangat dengan suasana Pilihanraya
|
Memperkasakan Masa Depan |
PAP merupakan parti pemerintah yang sangat popular dan sinonim dengan rakyat Singapura. Hampir mustahil untuk dikalahkan dengan kekuatan pembangkang Singapura ketika ini. Workers' Party yang merupakan pembangkang terkuat Singapura sering memberikan tentangan sengit dan mempunyai kerusi tradisi yang akan dimenangi setiap kali pilihanraya
|
Workers Party Poster |
Walaupun ketika bahang pilihanraya sangat hangat dan begitu banyak sokongan yang tular menyokong Workers' Party atas beberapa isu yang gagal diselesaikan PAP tetapi hasil undian sangat mengejutkan. Ketika Workers Party membuat rapat umum kehadiran rakyat yang menyokong mereka sangat ramai sehingga penuh kawasan tersebut dengan sepanduk dan penyokong mereka. Sokongan di Media Sosial seperti Facebook dan Twitter banyak meyokong mereka.
Malangnya sokongan ini tidak dapat diterjemahkan di atas kertas undi, parti PAP tetap unggul menerajui undian dan bahkan beberapa kerusi WP gagal dimenangi. Kemenangan di media sosial belum tentu memberikan kemenangan total ketika hari pengundian. PAP terus memerintah untuk Satu penggal lagi.
|
Hougang SMC WP 2015 election |