Azmin Ali, Langkah Kajang dan Media Singapura


Semasa aku bekerja di Singapura, apa yang aku perasan hampir setiap media masa khususnya surat khabar pasti ada segmen khas mengenai apa yang berlaku di Malaysia. Berita yang tidak akan terlepas pasti datangnya daripada berita mengenai politik Malaysia. Hampir setiap hari pasti ada khabar tentang Malaysia walaupun hanya suku muka surat. 

Tuan-tuan ingat lagi Langkah Kajang?

Aku tak nak ulas pasal langkah kajang, Sate Kajang aku bedal 
Berita ini mendapat liputan yang agak meluas. Hampir setiap hari ada kolum khas berkenaan berita tersebut. Gambar di atas tu aku ambil dari surat khabar depa. sebenarnya bukan aku beli surat khabar tu. Tapi tiap-tiap hari Pak Man akan suruh aku beli dari surat khabar. Sebab nak pecah duit sebenarnya. dia kasi 50 SGD untuk guna baki tu buat baki pelanggan. Berita mengenai Malaysia terutama politik Orang Melayu pasti akan ada berita 

Mereka menganggap apa yang berlaku di Malaysia penting untuk mereka tahu, terutama para towkey-towkey kilang dan towkey-towkey rumah. Setiap apa yang berlaku di Malaysia pasti akan beri kesan kepada urusan niaga mereka


Tapi yang peliknya, dekat Malaysia berita-berita mengenai negara jiran sangat jarang diberi perhatian. Yang penuhnya berita tentang hiburan dan artis


Comments

  1. Ya ke? Sebegitu penting isu-isu Malaysia ni kat sana ye. Tapi memang betul, berita Singapura kita tak banyak terdedah pun kat Malaysia ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Makan-makan Parit Raja Leezo Container